BAU: Pukul, bunuh, sumbat ke dalam guni dan buang ke dalam semak.
Itu tindakan kejam yang didakwa dilakukan seorang lelaki terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia enam tahun baru-baru ini.
Mayat mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui di dalam guni di Kampung Keranji di sini, susulan penahanan suspek, yang kemudian memandu polis ke lokasi mangsa dibuang.
Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, terdahulu pada hari yang sama, suspek ditahan di sebuah premis menjual kereta di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching bagi membantu siasatan kehilangan mangsa.
Ia berikutan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada 21 Dis lalu tentang kehilangan anaknya, selain laporan awal oleh orang awam pada hari sama mengenai seorang wanita dan anak perempuannya yang enggan pulang kerana takut dipukul teman lelakinya.
Kata Poge, berdasarkan soal siasat, suspek mengakui memukul mangsa hingga tidak bernyawa, sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Keranji.
“Pada jam 6.45 petang (Rabu), suspek menunjukkan kepada polis tempat mayat kanak-kanak malang itu dibuang," katanya.
Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 34 tahun turut dibawa ke lokasi dan mengesahkan mayat anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang mangsa.
Suspek, kata Poge, dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat.
"Sehubungan itu, polis turut menahan ibu mangsa untuk membantu siasatan."
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat.
Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Rudi Affendi Khalik
Thu Jan 05 2023
Mayat mangsa ditemui di dalam guni di Kampung Keranji, Bau, susulan penahanan suspek yang kemudian memandu polis ke lokasi mangsa dibuang. - Foto ihsan polis
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Kanak-kanak lelaki OKU maut digilis jentera pembajak
Muhammad Aiman ditemui penduduk kampung tertiarap di dalam lumpur dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Kanak-kanak OKU seharusnya nikmati peluang sama rata dalam semua aspek hidup - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan petugas kesihatan dianggap kurang sensitif dan tidak profesional apabila menyantuni kanak-kanak OKU.
Ras Adiba seru masyarakat jadi mata dan telinga pihak berkuasa, elak kes aniaya anak OKU berulang
Senator Datuk Ras Adiba Radzi meminta masyarakat agar menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi mengelakkan kes penganiayaan terhadap anak-anak dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) berulang.
Kanak-kanak OKU dibunuh, disumbat ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam semak
Tindakan kejam itu didakwa dilakukan seorang lelaki terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia enam tahun baru-baru ini.
Kanak-kanak OKU dipercayai dianiaya di pusat jagaan
Seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) berusia lima tahun dipercayai menjadi mangsa penganiayaan kakitangan sebuah pusat jagaan di Kuala Terengganu.
Siti Bainun menangis lihat kelibat Bella di mahkamah
Siti Bainun Ahd Razali dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mangsa dan lima lagi kanak-kanak jagaannya dipanggil Mahkamah Sesyen di sini, untuk sesi pengecaman, pada pagi tadi.
Perbanyak pusat pemulihan kanak-kanak OKU agar tidak tercicir akademik, kemahiran
Ibu bapa perlu menimbangkan beberapa faktor sebelum menempatkan anak mereka di sekolah atau pusat tertentu.
Anak istimewa sindrom Down melecur teruk pada badan disyaki didera di pusat asuhan
Mangsa yang diselamatkan selepas polis menerima aduan pada 24 Jun lalu, turut mempunyai kesan luka pada paha.
Perak mahu hasilkan tangan palsu bantu OKU
Sehingga kini lebih 60 tangan prototaip elektronik cetakan 3D yang berharga antara RM5,000 hingga RM10,000 seunit berjaya dihasilkan.
Enam rumah hangus terbakar selepas kanak-kanak lelaki OKU main lilin
Gara-gara seorang kanak-kanak lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai terencat akal bermain lilin, enam buah rumah musnah sekelip mata dalam kebakaran di Skim Penempatan Kinarut, petang Kham